Dec 3, 2012

Kasihnya Allah Kepadamu Wanita ...

Assalamualaikum w.b.t . 

Wanita hadir di atas nama cinta dan kasih sayang . Cinta yang paling agung adalah cinta daripada Allah . Kasih sayang yang tiada tandingan juga dianugerahkan-NYA kepada kaum wanita . Disebalik pelbagai perintah yang diberikan kepada mereka , sebenarnya adalah tanda bahawa di situlah kasih sayang Allah .

Tiada yang sia-sia segala perintah diberikan kepada kaum wanita . Perintah yang memerlukan kepada kesabaran dalam ketaaatan ketika melaksanakannnya . Tapi, jangan dikatakan kaum wanita sebagai lemah sedangkan merekalah yang paling kuat kesabarannya. Contoh yang jelas dapat dilihat pada etika berpakaian . Menjadi bukti bahawa kaum wanita terlalu sabar jika dibandingkan lelaki . Kaum wanita perlu menutup aurat dengan sempurna . Mereka sabar kerana yakin bahawa Allah sentiasa bersama-sama mereka .

Kita bertanya , apakah perkara itu senang untuk dilakukan ? Tidak ! Semuanya memerlukan kesabaran dalam menjnjung ketaatan tersebut . Ia berbeza dengan kaum lelaki . Mereka tidak perlu memakai telekung , tidak perlu menutup rambut , dan pelbagai peraturan lagi . Tapi , bagi kaum wanita , semuanya dilakukan dengan penuh sabar .

Bagi saya sebagai wanita , apabila ALLAH uji dan mereka bersabar , maka kesabaran itu paling mulia . Bagi saya , sehelai rambut pun tidak boleh diperlihatkan . Sedangkan bagi kaum lelaki , meskipun hendak menunaikan solat , mereka tidak wajib memakai kopiah . 

Duhai wanita ... yakinlah bahawa ALLAH sentiasa bersamamu . Perintah dan syariat-NYA adalah demi kasih sayang terhadapmu . Jangan .. jangan sesekali tinggalkan suruhan-NYA . Sesungghnya , ALLAH sayang padamu ..

Terima kasih Allah ! 

Wassalam 

* * *