Dec 3, 2012

Kasihnya Allah Kepadamu Wanita ...

Assalamualaikum w.b.t . 

Wanita hadir di atas nama cinta dan kasih sayang . Cinta yang paling agung adalah cinta daripada Allah . Kasih sayang yang tiada tandingan juga dianugerahkan-NYA kepada kaum wanita . Disebalik pelbagai perintah yang diberikan kepada mereka , sebenarnya adalah tanda bahawa di situlah kasih sayang Allah .

Tiada yang sia-sia segala perintah diberikan kepada kaum wanita . Perintah yang memerlukan kepada kesabaran dalam ketaaatan ketika melaksanakannnya . Tapi, jangan dikatakan kaum wanita sebagai lemah sedangkan merekalah yang paling kuat kesabarannya. Contoh yang jelas dapat dilihat pada etika berpakaian . Menjadi bukti bahawa kaum wanita terlalu sabar jika dibandingkan lelaki . Kaum wanita perlu menutup aurat dengan sempurna . Mereka sabar kerana yakin bahawa Allah sentiasa bersama-sama mereka .

Kita bertanya , apakah perkara itu senang untuk dilakukan ? Tidak ! Semuanya memerlukan kesabaran dalam menjnjung ketaatan tersebut . Ia berbeza dengan kaum lelaki . Mereka tidak perlu memakai telekung , tidak perlu menutup rambut , dan pelbagai peraturan lagi . Tapi , bagi kaum wanita , semuanya dilakukan dengan penuh sabar .

Bagi saya sebagai wanita , apabila ALLAH uji dan mereka bersabar , maka kesabaran itu paling mulia . Bagi saya , sehelai rambut pun tidak boleh diperlihatkan . Sedangkan bagi kaum lelaki , meskipun hendak menunaikan solat , mereka tidak wajib memakai kopiah . 

Duhai wanita ... yakinlah bahawa ALLAH sentiasa bersamamu . Perintah dan syariat-NYA adalah demi kasih sayang terhadapmu . Jangan .. jangan sesekali tinggalkan suruhan-NYA . Sesungghnya , ALLAH sayang padamu ..

Terima kasih Allah ! 

Wassalam 

* * *




Beautiful ....

Its me ! 

Assalamualaikum and hai you alls . 
Today , kita cakap pasal APA ITU CANTIK ?
Saya bersyukur telah dikurniakan Allah SWT menjadi seorang wanita/muslimah/anak/bakal isteri/bakal ibu/bakal nenek/dll ..
Saya bersyukur jugak kerana Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik dan diri saya yang serba serbi ini . Alhamdulilah . Bersyukur sangat .

Back to the topic . What is beautiful ?

Suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.

Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.
Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.
Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.
Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa. Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik.
Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.
Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.
Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.
Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan.
Terima kasih sudi membaca . I love all of you .
Wassalam ...
* * *



Dec 1, 2012

Luahan Hati

Assalamualaikum and hai peeps .

Coretan serba sedikit dari laman sesawang dan corong radio :)

BACALAH LUAHAN HATI SEORANG anak palestine Fathi Abzinah kepada mereka yang MASIH TIDAK PEDULI Palestine. Allah... T.T

''Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan MENJERIT memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita.
Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersu

ara, pasti mereka akan melaknat kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini. Kamu tahu,


kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.

Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat?

Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama.

Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.

“ Ya Allah, mereka saudara kami, tetapi mereka telah membiarkan kami.”

Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?

Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.

Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya...''

Ya Allah selamatkan bumi Palestine


kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.
Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat?



Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama.
Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.


“ Ya Allah, mereka saudara kami, tetapi mereka telah membiarkan kami.”
Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?
Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.
Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya...''


Ya Allah selamatkan bumi Palestine . 


Wassalam 

* * *




You know aurat ? Yes aurat . Zoom in !

Assalamualaikum and hai peeps . 
Hari ni i kan bagi tahu serba sedikit batas-batas aurat . Sama-sama kita renung-renungkan dan beramal . In Shaa Allah dipermudahkan segalanya :)


Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
1. Aurat Ketika SembahyangAurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika SendirianAurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama MahramPada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suamiDalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

PAKAIAN DALAM ISLAM

Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: 

"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.

Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam.

Thats all for today . Thanks for reading :) Love all of u ! 

Wassalam .

* * *






Nov 29, 2012

Sunshine

Assalamualaikum and hai peeps .

Today is the nice day . Do you want know ? hahaha . Okay . Btw , saya calon SPM 2012 . Calon SPM lain dah Merdeka , hoorey hoorey . Tapi saya masih belum Merdeka . Final paper Sains Sukan 5/12/2012 . Seminggu bagaikan sebulan . ahahahah . Lepas dari SPM bebas dari segala buku buat sementara . Terasa hilang sikit beban yang pikul dari Darjah 1 sampai la Tingkatan 5 . Hargai sangat pengorbanan mama ayah selama ini yang telah berhabiskan banyak duit untuk beri pendidikan yang sempurna . Pengorbanan mama ayah selama ini susah nak balas . Alhamdulilah , syukur . Lepas SPM nanti mula lah aku akan jejak kaki keluar untuk sambung pelajaran ke peringkat Universiti . Insyaallah , kalau dapat masuk STPM , IPT or IPTS . Mama ayah mesti akan rasa sunyi bila ketiadaan diriku . Kadang kala , diriku ini buat mereka tersenyum , dengar keletah aku , layan kerenah aku . Kuakui mereka akan sunyi nanti bila tiada diriku . Dulu aku dapat asrama semasa Tingkatan 4 , orang pertama tidak izin aku pergi ialah MAMA . Ya ! Mama tidak izin aku pergi tinggalkan dia . Mama kata "Nanti bila adik masuk asrama , siapa nak teman mama ? Siapa nak tolong mama ? Siapa lagi kalau bukan adik" . *Airmata membasahi pipi* Kata-kata ini yang buat aku selalu terngiang-ngiang . Aku tahu aku anak yang paling bongsu , dan aku orang terakhir akan sambung belajar macam abang dan kakak aku . Nanti mama , ayah dan aku mesti rasa kehilangan diantara kami. Aku tahu , setiap pertemuan pasti ada perpisahan . Kasih sayang , pengorbanan mereka susah nak balas . Hargailah ibubapa kita yang masih ada . Bahagialah mereka selagi mereka hidup . 

Mama | Ayah 

Back to the topic , today 29. 11 . 2012 . Maksudnya ? Hari ni Anniversary saya dengan Syed Azraei . Alhamdulilah , genap setahun enam bulan dah bersama . Syukur sangat . Doakan yang terbaik untuk kami . Next year 2 tahun ,  In Shaa Allah . Terima kasih awak sebab selama ini tahan  kerenah saya , nasihatkan saya ,  terima saya seadanya , dan macam-macam lagi . Terima kasih sangat-sangat . I Love you . 


Syed Azraei

Love more and more mama , ayah , sibling and Syed Azraei . Thanks for everythings ..

***



Nov 2, 2012

Tolong Jagakan Dia Ya Allah

Assalamualaikum ..

Ya Allah,
Diri ini melutut , memohon dengan penuh kerendahan hati , ampuni dan terimalah taubat ini , permudahkanlah jalannya , kuat dan tegarkanlah hati serta tekad ini.
Aku berserah pada-Mu ya Allah , sesungguhnya telah kusedari semua ini dulu ya Allah , namun ternyata kekuatanku belum cukup untuk bertindak , maka kini setelah aku makin sedar dan punya sedikit kekuatan, tidak ingin lagi aku tangguhkan ya Allah, tidak sanggup lagi aku lewat-lewatkan.



Ya Allah,
Bantulah aku untuk melangkah, seandainya dia benar milikku yang telah Engkau tetapkan di Luh Mahfuz , seandainya juga dia baik untuk agamaku , kehidupanku , dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat , takdirkanlah dia untukku , permudahkanlah serta berkatilah dia untukku, tolong jagakan dia ya Allah..
Namun, jika sebaliknya ya Allah.. Engkau redhailah hatiku, Engkau jauhkanlah aku daripadanya dan jauhkanlah dia daripadaku, Engkau buangkanlah jua segala rasa yang mungkin timbul ini ya Allah.
Aamiin ya Rabb..
Insyaallah , saya akan menunggu dan mencintai awak selagi saya mampu .
Thanks for everythings ..

Wassalam :)













Sep 25, 2012

Bestie ^^

# Triple N 
Nadya . Nabila . Nadia

Assalamualaikum wbt . Alhamdulilah dapat semula menaip blog sekian lama tinggal benda nie . Melalui hari hari sebagai pelajar biasa la kan . sibuk memanjang . Hm , Trial SPM dah pun lepas . SPM can kill me . You know ? hahaha . Makin dekat nak SPM makin stress dan tension . haihh .. 

Back to tittle . Haa , We're together ! Means dah berbaik . Bergaduh macam mana pun tetap sayang mereka . Itu lah sahabat kan . Insyaallah , kita kawan sampai bila-bila :) Amin ... 
Kami kenal masa form 1 till now . Masa form 1 sampai sekarang kami tak berpisah . Sentiasa class sama . 

Harap persahabatan nie kekal . Insyaallah :) 

Kbye - Assalamualaikum ..


















May 28, 2012

1st Anniversary ^^

Assalamualaikum w.b.t readers .

*setiap gambar ada cerita*

29/05/2011 - 29/05/2012 genap setahun kita bersama . Alhamdulilah . Bahagia sangat . Terima kasih Ya Allah atas kebahgiaan ini . 

Terima kasih kepada awak Syed Muhammad Azraei kerana banyak beri saya peluang dan bimbing saya . Saya nak awak tahu , saya sayangkan awak dan cintakan awak . Dan maafkan saya kalau saya pernah terkasar bahasa or everythings . 

Saya harap hubungan nie akan kekal sampai bila-bila . Insyaallah . Awak tolong ingat kenangan kita okay . Setahun kita bersama , banyak kenangan kita . Saya harap susah senang kita bersama-sama . 

Thanks for everythings sayang . You're my love and prince of my life . 

Love you so much Syed Muhammad Azraei <3 





lots of love ;

May 23, 2012

Rindu awak sangat-sangat :)


Asslamualaikum w.b.t . 

Okay , kali nie memang saya rindu sesangat kat awak sebab dah lama tak jumpa . Kita jauh awak . Saya selalu nak dekat dengan awak tapi tak dapat . Saya cemburu tengok orang lain couple . Tapi bila kita jauh , mungkin ada hikmahnya . Saya setia dengan awak . Seriously , awak dah banyak ajar saya erti kesetiaan da kejujuran dalam hubungan . Dan awak selalu nasihatkan saya . Bila saya nak keluar je , awak mesti tanya cara saya pakai tudung . Terima kasih awak sebab ingatkan saya . Terima kasih jugak sebab awak sayangkan saya . Saya hargai pengorbanan awak . i love you till Jannah <3

 Saya rindukan awak Syed Muhammad Azraei . Rindu sangat . Nak hampir setahun hubungan kita . pejam celik pejam celik . Dah setahun kan awak . Saya tak tahu kenapa saya rindu sangat kat awak hari ini . Rindu sesangat . Awak selalu buat saya ketawa . Awak selalu buat saya bahagia . Awak selalu pujuk saya . Kadang kadang awak nyanyi kan lagu untuk saya . Terima kasih apa yang dah awak bagi kat saya . Diari kita akan tersemat kenangan indah bersama awak . Dan saya akan simpan sampai bila-bila . 


Thanks for everythings sayang . i love you .

~Wassalam~




lots of love ;

May 18, 2012

I'm happy with you :)

Assalamualaikum and hi to everybody !



Anugerah paling terindah Allah bagi aku . Aku bersyukur dengan kebahgiaan ini . Tetapi CintaMu tidak tertanding terhadap cinta manusia . CintaMu hingga kekal abadi . Tetapi di dunia ini aku menemui cinta yang aku harap harapkan selama ini . Thanks for everythings . 


Mudah mudahan inilah cinta terakhir bagi aku . *doakan kebahgiaan kami*  . Pergaduhan antara kami mematangkan kami dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan . 

But , Allah dah tetapkan bahawa aku me***** Aku terima seadanya . Dan disebabkan itu , aku berubah sikap bahawa aku bukan milik dia selamanya . Tetapi inilah realiti , cinta saya terhadap dia . Dia telah mengajar saya erti kesetiaan dan kejujuran dalam perhubungan . Menanti , hari , detik , saat bahawa aku sentiasa mencintai dia . Syed Muhammad Azraei , saya amat mencintai awak :) 

I know that , di depan orang memang aku lain sangat . I'm happy with all my friends . Hanya masa tahun nie je kita dapat berkumpul bersama . Lepas nie , bila entah lagi dapat jumpa . Hidup ini ibarat roda . 


Inilah keluarga kecil yang selalu support dan sentiasa ada disamping aku bila aku kesusahan . Thanks for everythings . Mereka segalanya bagi aku . Love them ^^






Lots of love ;

S

Apr 22, 2012

Ma , ya rindu mama :)

Assalamualaikum ..

Seriously , kali nie memang rindu sangat kat mama . Mama tak pernah tinggal kan ya lebih dari 4 hari . Sekarang dah 5 hari mama takda kat rumah . Ya rindu nak makan masakan mama . Ya rindu nak dengar mama beleter . Ma , cepatlah balik . Ya dah lama tak sembang dengan mama . Ya selalu cerita macam-macam kat mama . Ya boring duduk rumah . Ayah selalu busy . Bila mama call mesti ya nangis . 
Ya tak boleh hidup tanpa mama . Ya sayang mama . Mama kalau balik keje je mama mesti ada cerita nak cerita kat ya . Ya pun macam tu jugak . Ya ada je nk cerita kat mama . Ya terharu tadi bila mama call , mama cakap "mama rindu adik sambil mama tersedu-sedu nangis" . Mama kat sana be strong okay . Kat sana ramai orang . 

i love you mama forever and ever ^^ 
.






Jan 1, 2012

Happy Birthday Boy ^^ sweet sebenteen

#tak dapat nak buat macam nie sebab kita jauh . ^^

Assalamualaikum and hai readers . Pom pom pom pom *ala ala mercun gitu . Happy Birthday to you keakasih hati . Wahh , dah 17 tahun . i love you so strong . I wish luck for you and may Allah bless you .   Terima kasih untuk 7 bulan kita bersama nie . Bby harap kita kekal sampai bila bila . InsyaAllah :) Semoga b panjang umur , dipergandakan rezeki dan semoga hidup b bahagia dengan orang yang b sayang ^^  
Happy Birthday again sayang . Love Much ^^



Bby akan sentiasa menyayangi dan mencintai b selalu . Bby sayangkan b . i hope we together until i die . Thanks being my love and Happy Birthday ^^



Dec 30, 2011

Thanks to be my love dear :)


 #Atototo , sweet tak sweet tak . mesti la kan. ahaks :)

Assalamualaikum and hai . So sorry sebab dah lama jugak tak menaip kan . Terlalu busy dan takda masa nak update belog . Haih , cuti nie aku pergi Pulau Pangkor , Johor and Melaka . tak best mana pun . tapi dapat la jugak release tension kan . Btw , next year kan dah nak SPM . SPM !!! MyGod , tak ready nak jadi calon SPM . Tak boleh nak main main dah tahun depan . Aku nak korbankan 11 bulan untuk strunggle . Tulah penentu masa depan aku dan dia . Okay actually , kekasih hati dah buat time table untuk sekolah , rehat , study , and then luang kan masa dengan dia . So cool kan kekasih hati . Hari tu aku date dengan dia , sebelum jumpa dia , dia suruh bawak buku dan pen . *Okay , mesti korang tertanya tanya kan . Hm , kitorang buat time table tu la . haaa . Romantik tak dia . hahahaha . *kalau tak romantik diam kay . bagi aku dia sangat baik dan romantik okay . Hm , dia pandai buat aku ketawa dan pandai pujuk . hikik *saya kuat merajuk okay ! 

Hm , aku dengan dia dah 7 bulan together gether . i love him . Takda siapa boleh pisahkan aku dengan dia . Dia terlalu baik untuk aku dan terlalu sempurna untuk aku . Aku nak belajar sama sama dengan dia dan berjaya bersama sama . Itu yang aku dan dia nak untuk bahagiakan orang tua kami . InsyaAllah :) Aku korbankan SPM buat sementara dengan jarang jumpa dia untuk masa depan . Aku sayang mama ayah dan dia . i love you alls . Love so strong ^^

Okay bai , Salam -.-

Dec 19, 2011

No title -.-

Assalamualaikum . 

Saya amat merindui awak . 
Menangis , menangis dan terus menangis kerana awak . 
Saya amat mencintai awak wahai kekasih hati . 

#do not make me cry again .  
i love you .



sincerely ,

Dec 3, 2011

One December :)

#Sayang , smile please . i love you b ^^

Assalamualaikum and hai readers . 

Best moment with kekasih hati pada 01122011 . Thanks b sebab layan kerenah baby thats time . i appreciate it . i want you know , i always love you and miss you b :) Now , saya happy sangat dengan awak . 6 bulan kita bersama awak masih tak jemu layan saya  . Sentiasa buat keadaan yang sangat best dan kelakar . You always make me laugh . Terima kasih awak . Sayang awak sangat sangat ^^

Alhamdulilah 1 December yang dirancang akhirnya berjaya berjumpa dengan awak . hihi . Dapat tengok Ombak Rindu dengan awak . Seronok lepak dengan Awak , Aidil , Thia , Bella and others :)  thanks babe :)

#Rindu umpama ombak yang tak berhenti , Kasihmu bagai pantai yang setia menanti -Ombak Rindu

i love you kekasih hati . prince of my life . SMA ^^



Nov 2, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #1

#alahai , sweet tak sweet tak ? mesti la sweet kan

Assalamualaikum . sekali lagi entry saya tonjolkan . Entry hanya pasal si dia sahaja eh . 

Gambar tu pada 29 Oct 2011/ 5 Months  . But . so sad :'( kita dah tak macam dulu . Tapi kita tetap jadi kan keadaan macam dulu kan . keadaan yang paling bahagia sekali . Kita dah janji nak couple semula lepas SPM . kita kene tepati janji kita kay sayang . ya tetap tunggu ayie till the last breath . Ayie tahu tak betapa bahagia nya kalau ayie sentiasa di samping ya . Perkara yang lepas kita jadi kan pengajaran . Kita meet hari tu, ya rasa cukup bahagia rasanye . Kita always jalan berdua dua kan . Yang paling seronok sekali time nak cari baju kita . Kelakar kan bila ingat balik . keadaan yang kelam kabut masa tu . Kita makan sama sama , kita makan banyak kan sayang . Tak dapat tengok wayang punya pasal , kita asyik makan jea . kesian ayie , banyak habis duit kat ya jea . Ayie ingat tak ayie suap ya hari tu , so sweet sayang . dah la kat tempat awam masa tu . sweet memories with you , never can i forget it . always in my mind ^^ 

02 November 2011
-Early morning 
 Nadya : Selamat pagi sayang !
Ayie     : Selamat pagi sweetheart , eh eh silap !
Nadya : Eleh , silap konun ..
Ayie    : Nak prgi sekolah dah nie .
Nadya ; Take care sayang .
Ayie    : Take care Penghulu hatiku . haha 
#Kalau setiap hari macam nie , alangkah indahnya hidup aku . 

Ya Allah , kalau dia jodoh aku , kau jangan pisahkan antara kami Ya Allah .
Permudahkan lah hubungan kami Ya Allah . Bimbinglah kami dari tipu helah syaitan .
Kau tabahkan la hati kami untuk tempuh segala cabaran dan dugaan yang datang menimpa .
Amin amin ya rabal alamin ~




















Continue Entry :)

Assalamualaikum peeps . story about yesterday . topik semalam pasal Kem kan . so , about last day kat kem tu . Tak ada apa yang menarik sangat pun masa  last day tu . Just aku jadi pengacara majlis untuk event tu jela . Aku jadi MC pun sebab takda sorang perempuan pun bagi respon nak tonjolkan bakat . So , aku la terpaksa jadi pengacara majlis . Lagipun aku nak jadi pengacara majlis sebab aku tak nak berdiri dalam baris , nanti aku pengsan pulak berdiri lama lama . sebab tahun lepas pecah rekod , aku nak pengsan pada majlis penutup hari tu . Btw , aku salah seorang peserta yang terpilih menjadi STAFF SARJAN . hanya 9 je terpilih daripada 76 orang . siapa yang tak lulus tu cuba lagi okay .. SAYONARA ~

#rindu nak pergi kem lagi . sweet moment jadi Penghuluwati :)



Nov 1, 2011

November , please make me smile :)

Assalamualaikum . hai readers . sory dah lama tak update blog . lama la jugak kan . October busy study  actually, now exam dah habis . alhamdulilah :) hmk, i wanna je write about him but .... idk . ( thinking of you for a while ) .

Hello , November aku nak happy selalu . buang kenangan yang perit yang pada one Oct . very bad day . i didn't to remember that . i hate it . okay now , nak story about Oct jugak but yang happy jee . hihi . 
nak start yang mane dulu eh ? okay , jap . aku selesa kalau orang aku panggil "Ya" je . hihi . okay now , aku gelar diri aku ya je eh . 

Cerita pasal Kem Kenaikan Pangkat Staff Sarjan dulu lah ye . hikhikhik . Kem tu 21 untill 23 Oct  2011 . woahh , dah habis exam mase nie . so , pergi je la . Lagi pun kenaikan pangkat kan . hmk , banyak yang menarik jugak kat sana dan ada yang tak menarik . 

HARI PERTAMA 21 Oct :)
-Okay , ya memang exited nak pergi . orang first sampai kat sekolah dan tak sabar nak pergi dalam masa yang sama jugak berdebar debar sebab dah lama tak pergi kem . haha , takut dengan ujian ujian nye . okay , aku kalau pergi mana mana memang suka bawak barang banyak . orang lain satu beg je . yang aku 2 3 beg . haha , maccam ape je kan . kalau boleh nak bawak semua sekali ape yang ada kat bilik je . jangan nak gelak sangat ye . rupe ape je aku bawak beg banyak banyak . haha . 
Okay , dah sampai Pulares , petang ada aktiviti kecergasan . tak suka betul aktiviti nie . suke buat orang sakit kaki je . hmk , actually , aku Penghuluwati kat kem tu . aku kene handle bagi semua bebudak perempuan kat situ . segan dohhh . first , memang malu gila sebab kene bagi arahan kan . dah la depan depan orang lain . tapi  aku buang malu aku tu untuk memantapkan lagi keyakinan diri . 
-Malam first ada ujian Bantu Mula . haha . aku group second BRAVO ! hihi . aku same group dengan Penghulu jugak , tak sangka . okay , ujian bantu mula aku lulus . hikhik ... jangan jelous . yang anduh anduh tu aku lulus je . Jurulatih dan Puan Asmah selalu perli perli aku yang aku dah teror . buat kemas je diorang kata . adik Tuan Nazrin . biasa la kan . haih, aku rasa abg aku la tak pernah nak tolong aku dalam kem . semua ya buat sendiri . haha . ujian CPR and DRABC . aku orang last buat sebab Apeh bagi aku last . menyampah betol . Apeh cuma suruh explain sikit sikit je tapi aku nak explain sepenuhnya . haha . die terus bagi Full Marks . haha . malam irst lena tidur sebab tahu sebab hari kedua mesti letih la . 

HARI KEDUA 22 Oct :)
-Aku memang exited . pukul 5 dah bangun . aku mandi awal , then aku siap siap . sambung tidur balik . then gerak Bella suruh mandi sebab nak subuh dah kan . Lepas solat Subuh ada Senaman pagi . Malangnya , kene gulingg guling atas rumput . shitt , tak suka . bukan tak suka apa . aku alergik dengan aktiviti tu . Sebab aktiviti tu la tangan aku alergik ape semua . pagi tu lepas breakfast , bahagi kumpulan . aku taksame group ngn Bella tapi takpe . asyik nak berdua je kan . Ujian pertama , group aku pergi Orientering . syiok jugak la . tapi mase tu , kaki aku sakit sangat . aku tak banyak bergerak pun . Penghulu dan Penghuluwati kene explain kan tentang kompass , kayy , itu aku memang tahu pun . aku lulus dalam ujian nie . Thumbs up :)
-Next stesyen , pergi Ikatan dekat Sultan Yusuf School . mula mula aku blurr ikatan yang tak pernah aku dengar .. aku mintak bantuan dari Penghulu dan Ieja . nasib ada mereka . kalau tak failed dan memalukan abang je kan . alhamdulilah , aku lulus dengan kelima lima ikatan tersebut . thanks sesiapa yang membantu . 
-Seterusnya , makan tengah hari . masa untuk rehat dan kemaskan diri . Lepas tu ada ujian kawad . aku suka aku suka . Haha . Aku tahu asas kawad . alhamdulilah . turn aku untuk bagi arahan . aku malu sebab ramai tengok tapi takpe . bedal je la dengan buat muka selamba . aku buat asas kawad , kawad dinamik and so on . haha . Abg Hisyam suruh aku masuk baris lepas bagi arahan Tukar Langkah Semasa Berjalan , ttapi aku nak buat lagi Perlahan Jalan . abg hisyam kata dekat jurulattih lain " biarlah dia nak tunjuk kehebatan dia , bagus ! " jangan nak puji sangat , nanti kembang . Haha . aku Lulus ! 
-Next Stesyen Ikhtiar Hidup ! MyGod , aku geli Ikan KELI ! group last buat ikhtiar hidup dan group yang paling gempak la kan . macam macam kene . kene mandi lumpur . eeee , geli tahu ! dan mase tu jugak la tangan aku dah mula bintik bintik terok . abang aku mandikan aku dengan paip , baik jugak kan . risau jugak kat adik die . Haha . tapi actually aku tak tangkap pun keli tu sebab aku geli . tahun lepas pun ujian yang sama macam nie . nasib baik ada abang Afifi tolong tangkap kan , hidupkn api , makan keli yang aku bakar . aku tak suka keli !! nak termuntah sebab aku pikir keli macam ular . geli geliman aku nak pegang nye .
-Malam tu Solat Mangrib dan tiada tazkirah . masa nie kongsi cerita dengan semua bebudak . aku dengan penghulu jadi wakil diorang . hampeh betol . then solat Isyak . lepas solat isyak , hujan lebat sangat sangat . dah macam banjir . Nazrin jahat ! campak semua kasut then kene cari sepasang kasut setiap orang . 
malam tu  ada ujian bertulis , ahaha . aku memang tak baca la kan sejarah KRS . bukan tak baca , tak ingat je . haha . aku dapat markah keseluruhan 52/60 . sikit je kan :'( thhanks Afifi Hisyam Rais kerana membantu . lepas tu kene pergi hospital sebab tangan dah terok . myGod , kene cucuk 3 kali . doktor salah cucuk . sampai menangis nangis la kan . hari kedua aku tak tidur sehari suntuk pun . tengah malam ada ujian kawad untuk Staff Sarjan yang terpilih , nama aku tersenarai . alhamdulilah . then , ada ujian kawad untuk Sarjan . Staff Sarjan yang kene pilihkan . haha . aku handle kawad tu . seronok nye . dah macam jadi jurulatih .
i loike ..

#Kayy , cukup la . dah terlalu panjang :)
Nanti sambung lagi ..


Lovechuu SMA ^




Oct 23, 2011

LOL

SMA 

Syed Muhammad Azraei :)
i always love you . 

take care ..